Sukma
(By Rissa Ahdiya) Read EbookSize | 27 MB (27,086 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 668 times |
Last checked | 14 Hour ago! |
Author | Rissa Ahdiya |
“Mulai hari ini, kita hanya tinggal berdua. Tak ada saudara, tak ada sesiapa. Kau cuma ada aku, dan aku cuma ada kau. – YAZID
Keutuhan kasih mereka diuji bila Sukma akhirnya terpaksa meninggalkan Yazid untuk menyambung pelajaran.
“Aku tak mahu tinggalkan kau, bang. Separuh hidup aku dihabiskan bersama dengan kau. Macam mana aku nak tinggalkan kau seorang diri di sini? Kau fikir aku boleh belajar dengan tenang ke kalau kepala aku, hati aku ni asyik risau dan bimbangkan kau? Kalau aku rindukan kau macam mana?” – SUKMA
Masa berlalu dan di antara Yazid dan Sukma, ada Alfian di tengah-tengah. Alfian, lelaki yang buat hati Sukma keliru bila dia diminta memilih antara cinta seorang lelaki dengan kasih seorang abang.
“Lepas kita kahwin nanti, saya tak mahu awak terlalu kerap berhubung dengan dia. Awak kena utamakan saya, kena dahulukan keluarga saya. Bukanlah saya minta awak putuskan hubungan dengan abang awak tu, tapi saya tak mahu awak lebihkan dia dalam apa-apa hal sekali pun. Awak faham tak tu Sukma?” – ALFIAN
Sukma bertemu Zakry dalam keadaan yang tidak disengajakan. Zakry, lelaki yang selalu berada dalam ingatan Sukma, lelaki yang tak pernah dia sangka akan dia temui semula.
“Saya akan jaga hati saya untuk Sukma. Jika hati Sukma dah kosong nanti, datanglah jumpa saya. Saya akan isikan tempat yang kosong tu.” – ZAKRY
Tapi, Zakry yang berjanji, Zakry jugalah yang tiba-tiba menghilangkan diri. Angkara dendam lama, hubungan darah antara Yazid dan Sukma mula diuji. Demi kasih, kedua mereka perlu membuat pilihan.
Antara Yazid dan Alfian, manakah yang Sukma akan korbankan? Dan sanggupkah Sukma meninggalkan Alfian demi janji Zakry yang tidak pasti? Atau mungkinkah juga kasih kasih seorang adik terhadap abangnya kali ini tewas diuji?”