“Book Descriptions: Dzar Thalha - Tujuh tahun, dia terperangkap dalam dendam dan air mata. Niat untuk menuntut bela, memakan diri apabila dia menjadi mangsa. Tidak mampu berbuat apa lagi, bila tangan sudah digari. Dia terjerat dalam tirai besi. Dendam itulah yang menjadikan dia lelaki sebenar. Kerana dendam, dia bangkit daripada kekalahan. Namun siapa sangka, kerana dendam, dia menemui sesuatu yang lebih indah. Cinta dan harapan.
Azra Qairina - Hidupnya seperti sebuah novel. Fantasi, namun realitinya amat memeritkan. Dipaksa berkahwin dengan lelaki yang tidak dicintai. Dalam reda dia menderita. Dalam senyuman, ada tangisan yang cuba disembunyikan. Dalam rajuk, dia pergi membawa diri.
Di sana mereka bertemu. Bila dua jiwa yang terluka bersama mereka faham erti derita, Dan bibir tidak perlu berkata, bila hati sudah bersuara nada cinta dan rindu, Namun, bukan cinta namanya bila tidak diduga. Kekalutan bermula apabila dendam masa silam mula menjelma. Bagi Dzar dan Ara..di sini bermula kisah mereka.” DRIVE