MR. & MRS ALBERTON
(By Adnil Zaff) Read EbookSize | 22 MB (22,081 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 598 times |
Last checked | 9 Hour ago! |
Author | Adnil Zaff |
Adinda cuba lari dari kebiasaan hidup yang sarat protokol. Tidak sedar dalam pada dia cuba belajar menjadi orang kebanyakan. Ayahnya telah memberikan dia satu pelajaran yang sulit untuk dia lalui. Iaitu menjadi PA kepada kepada CEO muda itu. William seorang lelaki yang dikenali oleh semua orang sebagai complicated man.
Lalu berkisahlah perjalanan Adinda sebagai setiausaha CEO yang sombong, ego dan segala macam perangai buruk lagi. Sayangnya, cinta juga tidak ketinggalan menyerlah di dalam perjalanan itu. William merayu cinta Adinda dalam pada Adinda sudah tidak sabar mahu meninggalkan lelaki itu.
Tetapi siapakah yang mampu menolak takdir?
William nanar apabila Adinda pergi meninggalkannya. Dalam ribut perasaannya, ujian hidupnya memuncak. Dia bertemu dengan bapa angkat yang memimpinnya keluar dari kegelapan. Ketika berjauhan dari Adinda, dia memeluk agama islam. Dia mencari ketenangan agar dapat melupakan wanita yang dicintainya.
Tetapi ketika mereka terpisah jauh, khabar angin bertiup sepoi-sepoi bahasa tentang William akan dijodohkan dengan Zarith, sepupu Adinda sendiri. Tidak mengaku cintakan William, Adinda menggelabah pula!
‘Tiada apa yang senang di atas dunia ini, Dinda. Begitu juga hubungan antara lelaki dan wanita. Ada begitu banyak philosophy tentang cinta di atas dunia ini. Tetapi cinta yang sebenar adalah tentang dua manusia yang tidak akan mengalah ke atas diri masing-masing.’- Angelina Khon.
Berbekalkan pesanan ibunya Adinda terbang jauh ke Malaysia untuk merampas semula lelaki yang dicintainya.
Kisah CEO dan orang gaji itu klise? Ini kisah enggang dan enggang yang memiliki keperibadian berbeza. Mampukah hidup bersama? Benarkah hidup sebagai orang kaya itu bahagia semata, tidak melalui ujian hidup seperti orang biasa?
Mr. And Mrs. Alberton menjawab soalan itu!”