“Book Descriptions: Cita-cita Yin nak jadi kekasih yang cool. Lebih cool dari Mat Kool. Tapi teman lelakinya curang. Suruh dia duduk rumah. Rehat. Me time. Jangan merayau.
Rupa-rupanya…. Bukan sebab prihatin. Tapi nak tutup jejak. Dan hati pun tertutup untuk mana2 lelaki.
Lupakan cinta. Bahagianya kejap, lukanya lama. Baik sendiri.
Sampailah berlangsung Pbakl di PWTC. Kenapa senyuman lelaki di reruai kaligrafi depan tu lebih manis dari gula? Pandangan matanya seperti banyak cerita yang boleh dikongsi bersama.
Wujudkah Yang untuk Yin? Bila di sisi lelaki itu sudah ada bunga menghiasi…
Yin terasa dia bukan bunga. Dia cuma rumput. Lalang agaknya yang bermimpi mahu jadi serai. Mana mungkin….
Tapi senyuman Mike tu…. Menghantui. Hati, terjatuh lagi.” DRIVE