Dudaku Dudamu Juga
(By Sasasera) Read EbookSize | 29 MB (29,088 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 696 times |
Last checked | 16 Hour ago! |
Author | Sasasera |
Naqila bahagia melayari perkahwinan bersama Fahad selama tiga tahun. Berita gembira kehamilan pertama Naqila membawa kegembiraan buat mereka berdua setelah puas menanti kehadiran zuriat dalam mahligai bahagia mereka. Sangkakan panas hingga ke petang rupa-rupanya badai yang datang melanda. Fahad mula berubah bila Naqila mengalami alahan yang teruk kerana mengandung. Kerana perubahan hormon. Naqila yang cantik dan langsing nampak buruk dan gemuk di mata Fahad.
Fahad bukan sahaja curang malah makan luar. Dia rasa jijik ingin menyentuh Naqila. Namun dia masih berpura-pura menjadi suami yang baik untuk isterinya.
“Sayang buruk ke abang?” -Naqila-
“Tak. Sayang cantik. Paling cantik dekat mata abang. Sayangkan tengah mengandungkan anak abang.” -Fahad-
Kecurangan Fahad dibongkarkan sendiri oleh skandal Fahad iaitu Malini. Dia sengaja menghantar video dan gambar panasnya bersama Fahad untuk menyakitkan hati Naqila.
“Orang lain pun mengandung juga tapi taklah selekeh macam awak sekarang ni. Gemuk dan buruk. Patutlah Fahad cari saya untuk puaskan dia.” -Malini-
Naqila tertekan dan keguguran bila Malini sentiasa menganggu emosinya.
Atas hasutan Malini. Fahad ceraikan Naqila dengan talak tiga kerana menyangka Naqila sengaja menggugurkan anak mereka kerana ingin membalas dendam kepada dirinya yang curang.
“Aku ceraikan kau dengan talak tiga!” -Fahad-
“Mana saya nak pergi malam-malam macam ni? Hujan pula tu. Saya masih dalam pantang lagi. Kesian kan saya Malini. Fahad izinkan saya duduk semalam je lagi. Esok saya janji saya pergi daripada rumah ni.” -Naqila-
“Berpantang apa? Anak aku dah mati kau bunuh! Aku tak kira. Kau keluar juga daripada rumah ni malam ni. Kalau kau tak keluar sendiri jangan sampai aku heret. Rumah ni sekarang milik isteri aku, Malini.” -Fahad-
Setahun kemudian. Naqila kembali dalam hidup Fahad dan Malini yang bakal dikurniakan zuriat pertama.
“Abang nak kahwin dengan Qila balik. Abang betul-betul menyesal ceraikan Qila dulu. Kita guna cina buta.” -Fahad-
“Boleh tapi Qila nak Nazhan yang jadi suami Qila sebab Qila dah kenal dia daripada kecil lagi. Kalau orang lain Qila tak rela.” -Naqila-
“Walaupun abang tak sanggup tengok Qila dengan lelaki lain tapi demi nak bersama Qila balik. Abang rela Qila kahwin dengan Nazhan. Tapi Qila janji minta cerai lepas dah lalui malam pertama dengan dia ya sayang.” -Fahad-
Malini pula menjadi isteri yang tersakiti.
“Dasar janda gersang!” -Malini-
“Kau lupa ke? Dulu kan kau cakap Fahad curang sebab aku tak pandai jaga laki jadi sekarang ni bukan salah aku kalau Fahad tergila-gilakan aku balik. Maknanya kau tu yang tak pandai jaga laki Malini ooi.” -Naqila-
“Tolonglah kesiankan aku. Kesiankan anak aku Naqila. Aku dah sarat ni. Tolong jangan rampas Fahad.” -Malini-
“Masa kau buat aku dulu pernah kau fikir fasal diri aku? Pernah kau fikir fasal anak aku yang mati sebab kau? Pernah?” -Naqila-
Adakah Fahad berjaya menjadi suami Naqila kembali? Siapa pula Nazhan dalam hidup Naqila? Apa pula nasib Malini?”