“Book Descriptions: Dia sukakan Huffaz, lalu dengan melulu dicurahkan perasaan itu. Cinta yang dia hulurkan ditolak, dan perasaannya diinjak. Dia akur bahawa perempuan yang Huffaz cinta, bukanlah dia.
“Aku minta maaf, Haura. Dalam hati aku cuma ada dia. Sampai bila-bila, cuma dia.” – HUFFAZ.
“Tak sangka kan, macam manalah kau boleh jatuh hati pada Huffaz ya? Ini mesti waktu kau jadi posmen tak bergaji kami tu, kau menahan perasaan aje lihat kami berdua bercinta. Atau, kau memang dah lama sukakan dia?” - VEE
Jet datang ketika hatinya berdarah dan matanya basah. Dan dia jatuh cinta sekali lagi. Namun Jet, mungkin tak punya perasaan yang sama seperti dia.
“Jet dah fikir masak-masak, dan Jet dah buat keputusan. Haura, Jet rasa…”- JET
Setelah bertahun, Huffaz muncul semula. Tapi kali ini, lelaki itu mahu menyambung hubungan hati yang tak pernah ada antara mereka.
“Sejak awak pergi, tak ada hari saya tak teringatkan awak. Saya dihurung perasaan bersalah yang tak sudah.” -HUFFAZ.
Antara Jet dan Huffaz, umpama memilih antara crush dan cinta pertama. Huffaz yang dia dah tahu perasaannya, dan Jet yang bijak menyembunyikan rasa. Mampukah Haura maafkan Huffaz dan menghidupkan semula cinta pertamanya? Atau terus berharap pada Jet yang tak diketahui perasaannya?” DRIVE