“Book Descriptions: Telah disimpulkan dia dan Nazri tidak berjodoh. Tidak sesekali mereka kembali bersama meskipun Nazri bercerai dengan isterinya. Nekad untuk move on, Shakila pulang ke kampung setelah dia menerima VSS daripada syarikat tempatnya bekerja.
Di kampung dia bekerja sementara di kedai runcit abahnya. Di situlah dia berjumpa dengan Aduka, lelaki yang baru kehilangan ibu akibat disantau. Aneh, tapi hal seperti itu memang berlaku di kampungnya.
Tak lama selepas itu dia diterima bekerja di sebuah kelab golf. Bertemu semula dengan Faizrul, si abang angkat yang telah lama menyimpan perasaan terhadapnya.
Sejak dia bekerja di situ muncul hal-hal mistik yang mengganggu dia dan orang di sekelilingnya. Dalam sibuk diganggu mistik, dia harus membuat pilihan, Aduka yang disukai keluarganya atau Faizrul yang menyukainya.
Lantas siapakah yang bakal dipilih Shakila? Kisah misteri yang dialaminya dan orang sekelilingnya, siapakah yang punya angkara? Mengapa gangguan itu muncul hanya setelah dia pulang ke kampung?” DRIVE