“Book Descriptions: Armel gadis kampung yang suatu masa dulu lelah hidupnya oleh pembulian. Rencah dan perjalanan hidup membawa dia ke titik hidup paling cemerlang. Adakah semuanya baik-baik saja setelah itu? Dia masih berdepan dengan pembuli. Dibuli zaman sekolah dan zaman dewasa itu lain rasanya. Apabila dia terbang tinggi, akan ada manusia cuba menariknya agar jatuh ke bawah semula dengan menyentuh kelemahan Armel yang paling besar yakni perkahwinannya.
Perkahwinan Jarak Jauh!
Kali ini dia tidak dibuli secara berdepan. Suhaiza... Qistina... dua wanita ini take turn cuba merobohkan rumahtangganya dalam keadaan curi-curi. Dalam keadaan dia tidak mampu menggunakan dua tangannya untuk menghalang pembuli merosakkan kebahagiaannya.
Satu pembulian versi orang dewasa kerana pembuli ini tidak mahu berdepan dengannya. Hanya dia tergantung kepada kesetiaan Armand namun itu masih tidak cukup untuk membuatkan dia merasa selamat.
Berjayakah mereka melepasi para pembuli aka perempuan murahan ini?
Tidak! Mereka tidak berjaya kerana Armel dibesarkan oleh ayahnya menjadi wanita yang tidak takutkan apa-apa. Armand memegang janji setianya kerana wanita seperti Armel hanya akan ada satu saja dalam hidupnya.” DRIVE