Pelangi Cinta Hawa
(By Aina Hamra) Read EbookSize | 22 MB (22,081 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 598 times |
Last checked | 9 Hour ago! |
Author | Aina Hamra |
“Hawa Insyirah.. agaknya Adam memang ditakdirkan untuk Hawa. Nama saya Adam, Adam Khaliq Abdullah.” - Adam
Adam, seorang yang tidak terjangkau dek akal tindakannya. Sikap bertanggungjawab amat besar di dalam dirinya. Dia sanggup menipu demi Hawa.
"Saya cakap dengan doktor, awak saksi polis. Sebab tu awak duduk sorang dalam bilik ni, saya ada aje dekat luar pintu tu kalau awak nak apa-apa." - Adam
Sangka Hawa cukuplah pertemuan mereka berakhir di hospital sahaja. Meskipun mereka selalu bertanya khabar selepas peristiwa itu, Hawa tidak mengharapkan ada pertemuan lagi di antara mereka.
Cuti semester pertama dia mengikut Aida pulang ke Bintulu. Maklumlah anak rantau seperti dia tidak mampu untuk terbang pulang ke semenanjung setiap kali cuti semester. Namun siapa sangka Hawa terjumpa lagi Adam di situ.
Adam sedar, perasaannya terhadap Hawa bukan sekadar kawan biasa. Lalu dia meluahkan perasaannya.
“Saya.. tak fikir soal cinta. Saya tinggalkan keluarga sejauh ini hanya untuk menimba ilmu. Tak ada niat mahu..” - Hawa
“Insyi, saya faham semua tu. Saya bukan ajak awak bernikah. Saya akan tunggu awak. Lepas awak habis belajar baru kita fikir dan merancang hala tuju kita. Saya cuma nak tahu perasaan awak pada saya aje.” - Adam
Hawa cuma diam menunduk. Adam tidak pasti apakah hanya dia yang bertepuk sebelah tangan? Benarkah Hawa hanya menganggap dia sebagai kawan?
Paling penting, sungguhkah Adam benar-benar mahu memandu hala hubungan mereka ke destinasi yang dia pilih? Jauh, sedikit beronak namun indah.
Berjayakah Adam mendapatkan cinta Hawa?”