Curanglah Lagi!
(By Adnil Zaff) Read EbookSize | 21 MB (21,080 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 584 times |
Last checked | 8 Hour ago! |
Author | Adnil Zaff |
Curang? Perkataan itu pantang bagi semua isteri di dunia ini. Begitu juga dengan Lyn. Ketika di kemuncak bahagia, dia diuji dengan kecurangan suaminya Rafael. Rafael telah membuat hubungan dengan gadis muda di pejabatnya. Sebagai wanita, sudah tentulah dia terluka. Tetapi adakah dia akan bertangis duka, meratapi nasib diri?
Sama sekali tidak!
“You layan I macam ni, I akan layan you lebih teruk lagi, Rafael. Try to stop me now. I don’t care.”-Lyn
“Apa yang Lyn nak abang buat? Abang buat, sayang!”-Rafael
“You nak rumahtangga ni jadi begini, kan? Let’s enjoy the moment.”-Lyn
Wanita itu bukanlah lemah orangnya. Bukan wanita yang senang dipermainkan perasaannya. Maka, silap besarlah Rafael cuba menduakannya. Sekali Rafael cuba menduga kesabarannya, seratus kali dia akan membalas semula.
Rafael alpa apabila merasa hidup terlalu selesa. Ada isteri yang cantik dan sayang kepadanya, maka dia cuba menduga. Akibatnya, karakter pendendam Lyn muncul semula membelah maruahnya sebagai suami. Pengkhianatannya terhadap ikatan perkahwinan mereka dibalas habis-habisan oleh Lyn tanpa belas kasihan.
“I dah tak tahu macam mana nak hidup dengan you selepas ini. Hati I dah tak macam dulu lagi, Rafael.”-Lyn
Rafael terduduk oleh dugaan apabila Lyn nekad membawa anak-anak jauh darinya. Melihat kesedihan di mata anak-anaknya, dia sengsara. Berusaha keras untuk meraih maaf isterinya, namun tidak semudah itu.
Itulah tempoh berharga untuk mereka belajar tentang banyak perkara. Baik Lyn mahupun Rafael, sama-sama ada kelemahannya. Cerai tidak semesti menjadi jalan keluar. Sejauh manakah Lyn ikhlas untuk menerima Rafael semula dan seikhlas mana penyesalan Rafael?
Kembali mengukir bahagia, itulah impian mereka berdua setelah seketika mereka tersesat oleh kekhilafan. Siapa tahu setelah berarak mendung itu, bahagia milik mereka jauh lebih indah dari yang pernah ada dulu!
.”