“Book Descriptions: Lima tahun menjadi isteri kepada Fariz, Yana sangat bahagia. Walau dia terpaksa berdepan dengan kebencian mak mentua dan juga kakak iparnya. Dia hanya mampu bersabar apabila dirinya dituduh perempuan mandul.
“Kalau aku jadi Fariz, dah lama aku ceraikan perempuan mandul macam kau ni.”
Hati seperti dihiris-hiris nipis. Pedih! Tapi dia memilih untuk tidak melawan. Kerana masih ada rasa hormat terhadap keluarga mentuanya itu.
Cinta Fariz juga salah satu kekuatan untuk dia terus bertahan. Sehingga akhirnya Allah makbulkan doa. Yana mengandung. Yana gembira. Fariz bahagia. Namun kebahagiaan Yana tak bertahan lama, apabila takdir berkehendak lain. Yana kehilangan Fariz. Suaminya itu pergi menghadap Ilahi.
Kesedihan belum pun hilang sepenuhnya, Yana dihalau keluar dari rumah Fariz oleh mak mentua dan juga kakak iparnya.
Pada saat Yana hampir putus asa. Zain yang juga merupakan Abang kandung Fariz datang menghulurkan tangan.
Tapi pertolongan Zain mengharuskan Yana menjadi isteri lelaki itu. Sanggupkah Yana menjadi isteri kepada bekas Abang iparnya itu? Menjadi menantu keluarga mereka lagi?