Dakap Rinduku
(By Athena Rose) Read EbookSize | 27 MB (27,086 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 668 times |
Last checked | 14 Hour ago! |
Author | Athena Rose |
Namun begitu, Anggun tidak pernah lupa akan satu hal. Dia ini isteri terbuang. Angkara dengki dan fitnah dunia, Habib telah berpaling tadah hanya disebabkan satu peristiwa hitam yang memalitkan adik kandung dan isterinya, Akbar dan Anggun. Perasaan sayang akhirnya bertukar menjadi benci. Runtuh mahligai yang selama ini dibina dengan kasih abadi. Mandiri sebagai isteri terbuang, Anggun tidak mengharapkan Habib untuk kembali padanya.
“Anggun kahwin dengan abang sebab abang ni berduit, boleh sara kehidupan Anggun. Jadi, lepas ni Anggun tak perlulah risau kalau tak ada duit. Status Anggun sebagai isteri abang hanya untuk abang salurkan duit aje. Tak lebih daripada tu.” - HABIB UWAIS
Walau Habib pernah melafazkan kata-kata berupa racun itu, dalam jiwanya masih ada Anggun. Saat bertemu muka dengan Anggun, ada saja yang Habib hendak bahas. Dan, kemunculan Eidan di sisi Anggun pula telah menimbulkan tanda tanya di benak Habib. Sehinggalah akhirnya dia mengetahui bahawa Eidan itu anaknya dan keadaan itu membuatkan Anggun semakin tersepit apabila Habib bertindak mengambil Eidan dari sisi hidupnya. Tentangan Puan Katrine terhadap hubungan mereka membuatkan Habib semakin tertekan.
“Tak cukup-cukup lagi ke Dr. sakitkan hati saya? Sekarang Dr. nak pisahkan saya dengan anak saya pula? Dr. anggap saya ni tak ada perasaan ke? Dr. dah gantung saya tak bertali. Dr. dah buang saya. Lepas tu sekarang Dr. nak anak saya?? Bila semua ni nak berakhir? Dr. tak pernah terfikir nak ceraikan saya ke? Selagi Dr. tak ceraikan saya, selagi tu saya akan terikat dengan Dr. sampai bila-bila!” – ANGGUN MARWA
“Ha sendiri tahu, mak tak pernah restu hubungan Ha dengan perempuan tu. Masa Ha nak nikah pun, mak dah ingatkan yang Ha takkan pernah bahagia dengan perempuan tu.” - PUAN KATRINE
Habib masih menafikan hak Anggun sebagai isterinya. Menyakiti dengan kata-kata, menghindari dengan perbuatan dan memperlakukan Anggun seperti orang asing. Bukan mudah bagi Anggun untuk berhadapan dengan Habib. Demi Eidan, dia cuba berlagak kuat sedangkan tubuhnya tidak sekuat dahulu. Dia akhirnya tertewas.
“Maafkan abang, Anggun!” - HABIB UWAIS
Akankah ucapan ini menandakan kemaafan untuk segalanya? Berita buruk mengenai Anggun membuatkan Habib sedar akan khilafnya. Namun, giliran Anggun menjauh dari sisinya.
“Abang cuma kasihan dengan Anggun, kan? Sebab tu abang buat baik dengan Anggun yang bila-bila aje boleh mati ni.” - ANGGUN MARWA
Barulah Habib hendak menyesal kala Anggun perlahan-lahan berubah sikap terhadapnya. Demi Anggun, dia rela berkorban jiwa dan raga. Sehinggalah mereka berdua berlepas ke bandar Stockholm, Habib berusaha memenangi hati Anggun yang dingin. Akankah ada bahagia buat mereka untuk sekali lagi? Mampukah dia mendakap rindu yang selama ini dia idamkan? Demi Anggun, dia rela menanti kerana hanya Anggun yang layak menjadi pendampingnya.”