Lepaskan
(By Siti Khadijah) Read EbookSize | 24 MB (24,083 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 626 times |
Last checked | 11 Hour ago! |
Author | Siti Khadijah |
Namun, kemunculan SERI ARIANA untuk menagih kemaafan dan cinta sedikit sebanyak mengganggu-gugat ketenangan Hamsyari. Puas ditepis, puas menolak tetapi Ariana terus mengejar.
"Saya tak boleh lupakan awak tak bermakna saya masih ada perasaan pada awak. Tak ada sekelumit pun perasaan saya pada awak. Hati saya dah lama mati untuk terima mana-mana cinta apatah lagi untuk terima awak kembali. ” - HAIL HAMSYARI
Tekad Hamsyari tidak dipedulikan oleh Ariana. Hamsyari rimas. Dia bimbang hatinya akan terpedaya. Lantas, cadangan si abang diterima tanpa ragu. Dia harus mencari cinta yang baharu!
Gadis biasa yang sentiasa ceria dalam menjalani kehidupan seharian. Walaupun dia mengkagumi insan bernama Hail Hamsyari tetapi tidak pernah walau sekali dia berharap agar menjadi sebahagian daripada hidup lelaki itu. Baginya, rasa yang menghuni hati tidak akan menjadi kenyataan. Namun, hajat yang disampaikan oleh keluarganya mengejutkan Maisarah. Dia dilamar!
“Awak tak kesah berkahwin bukan atas pilihan awak sendiri?” - HAIL HAMSYARI
“Walaupun bukan pilihan saya, tapi pilihan itu adalah pilihan yang baik, perlu ke saya menolak?” - MAISARAH SOFEA
Mereka disatukan. Ternyata apa yang dirasakan oleh Maisarah tidak sama dengan apa yang Hamsyari rasakan. Meskipun perit, Maisarah terpaksa akui bahawa dia bertepuk sebelah tangan.
“Tak perlu buat apa-apa sebab saya tak berminat!” - HAIL HAMSYARI
“Abang belum kenal Mai lagi. Mai akan rampas ketenangan abang dari hidup abang sendiri." - MAISARAH SOFEA
Tekad Maisarah hanya tinggal tekad apabila Hamsyari terus mengelak dan menjauh. Dek kerana satu peristiwa, Maisarah tersedar. Pintu hati Hamsyari tidak akan pernah terbuka untuknya.
"Setiap hubungan yang baru perlukan perjuangan tapi semua itu tak bererti jika hanya seorang saja yang berusaha. Walaupun Mai seorang saja yang berusaha, tapi abang tetap tak nampak. Mungkin Mai patut lepaskan rasa yang tak bermakna ni…” - MAISARAH SOFEA
Benarkah cinta yang sudah lama mati, tidak akan mekar kembali? Atau rasa baharu yang mula berputik cuba dinafikan akibat kenangan silam yang telah membunuh jiwa?
"Kita boleh mencintai sesiapa saja tapi jangan berharap untuk dicintai kembali kerana cinta tak seharusnya memiliki. Lepaskan, kalau dah tak boleh letakkan sebarang harapan”