“Book Descriptions: Iffah Wardah- seorang penulis novel cinta yang juga seorang pencinta kopi. Kali pertama dia menjejakkan kaki ke KedaiKupi, dia bertemu dengan barista yang dia gelar sebagai Ramlee.
Atas dorongan kawan baiknya, Syafiqah- Wardah mula mengikuti Ramlee di Instagram.
Niatnya mengikuti Ramlee pada mulanya hanya kerana suka-suka tetapi lama-lama, ada rasa lain pula bertandang di hati.
Rakan-rakannya memberi semangat untuk dia meluahkan perasaan tapi Wardah rasa bimbang. Andai kata dia luahkan rasa, adakah Ramlee akan terima? Andai Ramlee menolak, mampukah dia berlapang dada?
"Bang Ramlee, sudikah Bang Ramlee jadi pendamping Wardah sampai surga?"” DRIVE