“Book Descriptions: Dia tak mahu hiraukan sesiapa, dia juga tak mahu pedulikan apa-apa. Kerana, hanya yang pernah ditinggalkan tahu bagaimana rasanya.
Tapi… Tapi… Ya, cerita ini ada tapinya.
Bukan kisah cinta luka, mahu pun kisah tentang jiwa lara yang mahu dia ceritakan di sini. Ini kisah tentang balasan. Ya, benar, balasan itu ada.
Jamlus pernah kecewakan dia. Salwa juga pernah khianati dia. Tapi dah susah payah mereka bersama, kenapa hidup mereka tak bahagia? Dan masalahnya bila mereka tak bahagia, kenapa dia turut diheret sama?
“Kalau dia tak goda saya, tentu saya dah bahagia dengan awak. Semuanya kerana dia!” - JAMLUS
“Kau tolonglah jangan ganggu Jamlus. Kau kena kahwin dengan orang lain. Lelaki lain selain dari suami aku.”- SALWA
“Aku akan kahwin kalau dengan Jamlus. Puas hati kau?”- SORAYA
Lelah dikejar Jamlus, penat juga dihambat Salwa. Dan saat itu muncullah si dia yang dalam cerita ini dianggap sebagai wira.
“Saya wangi dan saya suka awak.” - FAHRY
“Tapi saya tak suka bedak.” SORAYA
Dalam mencari cinta sejati, Fahry bertemu Soraya. Tapi Soraya yang dia suka, masih dikejar cinta pertama.
Mampukah dia mengatasi aura yang dimiliki Jamlus? Atau mungkin hati Soraya dah mampu untuk melupakan cinta yang pernah dia ada?” DRIVE