“Book Descriptions: Kamarul anak remaja yang tiada ibu, tiada ayah kandung seperti mana Kakaknya Rania (Mr Bell Boy). Cuma, dia kehilangan ayah dan ibu ketika usia yang terlalu muda. Dugaan hidup menjadikan dia matang. Dari satu tangan ke satu tangan orang di sekeliling memikul amanah untuk menjadikan dia manusia terbaik. Jangan sampai tersasar hidupnya.
Jagaan Hajah Mariani dan Haji Herman ke atas Kamarul menjadikan dia sempurna sebagai manusia. Namun itu hanya pada pandangan mereka. Kamarul tidak ubah sama saja seperti anak remaja yang lain. Tersasar kerana kawan!
Besarnya kasih sayang orang sekeliling bukan sekadar dari keluarganya malah seluruh kampung kepadanya. Berkat hidupnya kerana orang yang paling besar kasih kepadanya adalah Hajah Mariani, ibu angkatnya.
Namun anak ini berdepan ujian yang memaksa dia berfikir. Ujian yang jarang dilalui oleh anak seusianya malah hanya orang tertentu saja dipilih menjalani ujian seperti itu. Unjuran astral... hanya orang tertentu merasai pengalaman ini. Namun dia pada usia muda dia melaluinya untuk melengkapkan kematangan fikirannya.
33 hari... bukan kisah cinta. Tetapi kisah tentang anak remaja ini berdepan dengan duka dan nestapa, ujian dan kafarahnya.” DRIVE