“Book Descriptions: Mr Bell Boy yang tampan memikat pandangan Rania. Wanita billionare yang kesunyian namun tidak mahu kahwin. Punya segalanya... cantik dan kaya. Namun sejarah keluarganya ada banyak daki menyebabkan dia kurang percaya kepada lelaki dan perkahwinan.
Hazril terdesak kerana hidup dibebani hutang kerana tunang yang tidak sedar diri hanya SPM tapi hantaran 15 K.
Dua keadaan yang menemukan Rania dan Hazril lalu mengikat mereka dalam perkahwinan sebagai kesempatan.
Rania punya matlamatnya sendiri. Hazril matlamatnya sendiri.
Janji Dicapati!
Mereka mengikat janji yang perkahwinan itu hanya sementara. Namun takdir mengikat mereka lebih erat. Hazril mabuk cinta kepada Rania lalu curangi tunang 17 dulang hantarannya itu.
Kisah demi kisah tentang Rania, tentang Hazril... Kamarul, Umara dan para emak tiri Rania yang zalim. Semua itu mengikat Rania dan Hazril.
Bagaikan bumi dan langit tinggi dan rendah taraf mereka. Wanita itu kaya raya namun si lelaki hanya bell boy.
Bagaimana untuk hidup bersama? Bolehkah mereka hidup bersama?” DRIVE