“Book Descriptions: Rizky Adriansyah – seorang lelaki kacak. Pewaris harta kekayaan keluarganya yang tersenarai dalam 100 keluarga terkaya di Malaysia, serta Bumi Maju Holding. Rizky diamanahkan menerajui Bumi Hijau, anak syarikat Bumi Maju. Lelaki yang kacak dan kaya... tak lengkap pakej tanpa gelar playboy. Sebelum diizinkan masuk ke Bumi Maju, Rizky diminta mendirikan rumahtangga dan membuang sikap playboynya.
Thaliaa Syifaa – digelar Betty kerana penampilannya yang serupa dengan Betty dalam drama sabun Yo Soy, Betty La Fea. Rambut kerinting lebat, memakai cermin mata tebal dan pendakap gigi. Pendek kata memiliki rupa paras yang tidak jelita. Bukan wanita idaman lelaki.
Kerana kelayakan akademik yang sangat bagus, Thaliaa diambil sebagai PA oleh Rizky. Rupa paras Thaliaa yang tak menawan meyakinkan papanya yang dia sudah cuci tangan dari perangai playboy dan serius untuk berkahwin dengan Kirana.
“Betty.” - Rizky “Nama saya Thaliaa bos bukan Betty.” – Thaliaa “Suka hati saya nak panggil awak apa.” – Rizky “Dalam drama Betty, akhirnya bos dia kahwin dengan Betty. Bos nak kahwin dengan saya.” – Tahliaa “Dengan awak? Memang taklah.” – Rizky
Apa yang ditakuti Rizky terjadi juga. Kerana satu insiden dia terpaksa menikah dengan perempuan yang dia tidak suka. Tidak dapat menerima hakikat yang jodohnya seorang yang hodoh, Rizky menghilangkan diri.
Apa yang terjadi kepada Betty aka Tahliaa? Bagaimana pengakhiran hubungan mereka?” DRIVE