Dear Mr. Crush
(By Mia Azwari) Read EbookSize | 25 MB (25,084 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 640 times |
Last checked | 12 Hour ago! |
Author | Mia Azwari |
“Abang tak tipu. Nanti dah besar, Fiya kahwin dengan abang.”- Ian Hanif
Kerana janji itu, Safiya tidak pernah berhenti menunggu. Namun semuanya musnah sebaik sahaja lelaki itu pulang bersama pengakuan yang menyakitkan hati.
“Insya-Allah, tiga bulan lagi majlis perkahwinan abang. Fiya orang pertama yang tahu hal ni.”- Ian Hanif
Sakit dan kecewa, hanya Tuhan yang tahu. Demi kebahagiaan lelaki itu, Safiya ikhlaskan hati walaupun terpaksa. Lebih malang nasibnya apabila Ian tiba-tiba membencinya.
Bertahun Safiya cuba melupakan Ian, malah dia cuba menutup hatinya untuk lelaki itu. Betullah kata pepatah, kalau jodoh tak ke mana. Dia tiba-tiba dilamar oleh ibu Ian setelah lelaki itu bergelar duda.
“Betul ke abang yang melamar Fiya?”- Safiya Auni
“Yang melamar siapa? Ibu, kan?”- Ian Hanif
Kecewa Safiya apabila lelaki itu bersikap acuh tak acuh. Disebabkan masalah yang dihadapinya, terpaksalah dia menerima lamaran itu. Separuh hatinya masih berharap Ian akan jatuh cinta dengannya. Maka bermulalah misi memikat hati suaminya sampai dapat.
Kemunculan bekas isteri Ian menimbulkan banyak tanda tanya. Lebih perit apabila rahsia besar Ian terbongkar membuatkan hubungan mereka bertambah keruh. Bertambah parah luka dalam hati Safiya apabila diminta oleh Ian untuk tinggal berasingan.
Disebabkan salah faham dan terlalu kecewa, Safiya nekad pergi membawa diri. Tiada gunanya dia bertahan jika hanya dia saja yang berusaha.
Sanggupkah Ian melepaskan Safiya? Dan apakah rahsia Ian yang menyebabkan dia terus bersikap dingin terhadap Safiya?”