Bersyurga Di Rusukmu
(By Lily Haslina Nasir) Read EbookSize | 20 MB (20,079 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 570 times |
Last checked | 7 Hour ago! |
Author | Lily Haslina Nasir |
Saat berbual, kami bahasakan ‘aku’ dan ‘kau’ saja! Nampak bukan? Aku memang anggap dia sahabat dunia akhirat.
Bukan tak pernah Megat memberi isyarat hatinya. Tetapi, entahlah. Aku pura-pura tidak faham. Aku belum bersedia untuk berfikir lebih jauh.
Hakikatnya, selalu aku rindu setengah mati pada Megat. Rasa macam separuh nyawa aku hilang saat berjauhan dengan Megat. Dia lelaki Beret Hijau. Dia lelaki komando. Dia itu milik negara. Semua ini buat aku tidak yakin dengan diri sendiri. Apakah aku cukup sabar untuk bertahan dalam perhubungan ini?
“Nanti aku bawa kau jumpa mak aku ya.”
Sebaris ayat Megat itu benar-benar buat aku menggeletar seluruh tubuh. Pernikahan bukan macam main pondok-pondok. Aku berasa ada gempa bumi dalam diri.
Aduhai Megat! Sebelum ini, koyak jiwa aku, saat musuh keluarga engkau, Park Tzue, menghambat aku kerana dendam. Sekarang kau heret aku dalam gelora jiwa.
“Mawar, aku siap siaga berdepan dengan segala yang terburuk. Dan aku juga tidak akan jemu berdoa, mengharapkan segala penyudah yang terbaik dalam hidup ini. Aku akan menjadi lelaki yang sentiasa ada untuk engkau, di mana pun kau berada. Aku akan melindungi engkau, sebagaimana aku lindungi negara.”
Demikian janji Megat. Dan aku terkesima dan sebak mendengarnya. Semoga Megat menjadi lelaki berjiwa syurga yang Tuhan hadirkan untuk aku.”