“Book Descriptions: Tia memang menyukai dengan Zarul sejak mula lagi. Ayuni adik Zarul juga BFF Tia, memang nak Tia kahwin dengan abang dia tapi Zarul pilih untuk kahwin dengan kekasih dia, Iman.
Selepas enam tahun melayari bahtera rumah tangga, Iman dan Zarul tidak dikurniakan anak. Alasan inilah yang Ayuni guna untuk Zarul menikahi Tia. Akhirnya bila termakan hasutan dan Zarul pun mahu buktikan dia tidak mandul, atas persetujuan Iman, maka kahwinlah Zarul dengan Tia.
Zarul memang berlaku adil namun Tia tetap tidak puas hati. Dia mahukan Zarul menjadi miliknya sepenuhnya. Jadi, sekali lagi Ayuni buat onar dengan menuduh Iman ada skandal. Kerana Iman merasakan rumah tangga mereka sudah tidak berjaya untuk diselamatkan, Iman minta dilepaskan.
Perpisahan antara Iman dan Zarul adalah kejayaan terbesar buat Tia dan Ayuni, namun buat Iman adalah satu permulaan hidup yang baru. Mampukah Iman bertemu dengan seseorang yang akan membuatkan dia tersenyum kembali?” DRIVE