Tan Sri Si Duda Hot
(By Mum Linz) Read EbookSize | 20 MB (20,079 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 570 times |
Last checked | 7 Hour ago! |
Author | Mum Linz |
Aina Azzahra pula yang tiada tempat untuk bergantung selepas ibu bapanya meninggal dunia, menumpang di rumah Noah sementara dia mencari kerja. Namun lain yang jadi bila Mak Ani iaitu mak Noah mengajaknya ke kampung. Di sana dia jatuh sayang pada mak Noah.
Sayangnya pada mak Noah seperti ahli keluarga sendiri. Permintaan mak Noah supaya membantunya membuatkan Aina tersepit. Menerima demi menjadi hubungan mereka. Dia tidak mahu hubungan yang dia rasakan selesa itu putus di tengah jalan.
"Aina.. Jangan harapkan apa-apa dari abang. Abang akan lakukan yang terbaik tetapi dalam hati abang, masih ada nama arwah. Abang harap Aina faham." -Noah Anaqi.
Kata-kata pakcik yang baru bertukar status menjadi suaminya buatkan hatinya mula berbelah bahagi. Betul ke jalan yang dia pilih?
"Buat biar dia ingatkan Aina. Aina gosok-gosoklah dia sikit. Lama dia menduda tu, mesti dia rasa lain macam nanti." -Mak Ani.
Ajaran dari mak mertuanya membangkitkan semangat Aina. Noah berjaya juga dia tewaskan. Rumahtangga mereka mula dihiasi rasa cinta dan diwarnai kasih sayang.
Namun rasa itu kadangkala berkocak. Hati pula kadangkala goyah. Seperti peribahasa melayu, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri.
Mampukah Aina terus bertahan di sisi Noah? Dan adakah hati dan perasaan Noah tetap milik Aina hingga akhirnya?”