Tan Sri Syed Fachry
(By Hash Aulia) Read EbookSize | 21 MB (21,080 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 584 times |
Last checked | 8 Hour ago! |
Author | Hash Aulia |
“Mak tak akan sesekali izikankan kamu kahwin.Lelaki tu, sebaya ayah kamu. Jangan nak memalukan mak dekat kampung ni, Eman.” - Cik Gayah
“Eman nak kahwin dengan dia. Suka atau tak, ayah kena bagi wali. Kalau tak, Eman kahwin dekat Siam.” - Eman Ezalia
“Dah tak ada lelaki bujang ke kat dunia ni sampai kamu tergila-gilakan duda terlajak umur tu? Atau, dah penat sangat hidup miskin sehingga sanggup jadi isteri kepada lelaki yang layak jadi ayah kamu! Mentang-mentanglah dia orang kaya.”
“Umur je lebih kurang ayah. Tapi, rupa dengan penampilan kalah orang muda. Mak tak nampak ke badan dia sado. Muka dia handsome nak mati. Silap haribulan, orang cakap dia tu anak ayah!”
Semakin Cik Gayah menghalang, semakin Eman Ezalia melawan. Cik Gayah ugut nak buang keluarga, dia ugut nak jadi anak derhaka, kahwin dekat siam. Sudahnya, kerana terlalu sayang, Pak Kassim setuju bermenantukan lelaki sebayanya.
“Kalau tak bahagia, jangan cakap ayah tak nasihat. Kahwin ni, bukan hari ni je. Untuk selama-lamanya.” - Pak Kassim.
Bukan setakat Cik Gayah je tak setuju. Tan Sri Syed Fachry pun sama. Macam mana perempuan sebaya anak saudara dia boleh jatuh hati dengan dia? Sedangkan jarak umur mereka terlalu jauh. Malah, mustahil!
“Awak sedar tak apa yang awak sedang buat? Boleh fikir sekali lagi tak? Kenapa nak kahwin sangat dengan saya?”- Tan Sri Syed Fachry.
“Sebab awak tak ada bini.”
Mudah jawapan Eman. Sukar untuk dia terima. Namun, nak mengelak tak boleh. Seperti mana Eman melawan mak dia, seperti itulah Eman memaksanya untuk bernikah.
“You tahu tak, nanti kawan-kawan saya cakap saya kahwin dengan anak sendiri. It’s nonsense, Eman! I will not get marry!”
“Jawab jelah ‘lepas kahwin baru dapat anak sendiri.’”
Lain yang dia sampaikan, lain yang Eman faham. Akhirnya, Syed Fachry mengalah dengan kemahuan Eman. Jadi suami, kepada seorang gadis mentah baru nak meningkat dewasa.
“Don’t regret it.” - Syed Fachry
“I will. Kalau awak tak reti bagi anak.” - Eman Ezalia
Sepatah dia bersuara, sepuluh patah Eman membalas. Akhirnya, dia memilih untuk zip mulut ikut segala kemahuan Eman. Jangan di hujung hari, penyesalan yang bertapak dalam hati.”