“Book Descriptions: Kepulangan Irfan Hadi, anak tunggal Khairi dan arwah Nora, menimbulkan pelbagai idea dan prasangka di dalam fikiran penghuni rumah Khairi.
Nur Hanani jadi semakin keliru dengan perasaan sendiri. Irfan yang kembali kali ini tidak lagi sama seperti yang dulu. Lelaki itu semakin berani meluah rasa, tidak lagi teragak dalam membuat keputusan.
"Abang balik kali ni untuk stay terus. Abang tak mahu tengok apa yang terjadi malam tadi dan pagi ni, berulang lagi depan mata abang." - Irfan
"Abang ingat semudah tu saja abang boleh balik dan ubah semua benda ikut kesukaan abang?" - Hana
Mungkin permulaan takdir mereke bersama tidak seindah yang diharapkan. Namun adakah itu bermakna mereka perlu berterusan membuat pilihan yang salah?
Hati mereka sudah lama mengalunkan nada yang sama. Mereka cuma perlu membuka mata.
Sama-sama melihat apa yang sebenarnya ada di dalam jiwa.