“Book Descriptions: “Takkanlah diorang silap? Ain sendiri yang nakkan Man. Man dah lupa ke apa yang Man pernah cakap dulu? Kononnya nak tunggu bidadari datang meminang…” - Hasnah Luqman terkejut dengan lamaran dari musuh ketatnya di alam remaja. Pulak tu, perempuan yang menghantar risikan. Dia sebagai lelaki mulalah tak senang duduk. “Kau nak mainkan aku ke? Selama ni, kita tak pernah baik. Asyik nak bergaduh je. Tup tup, kau balik sini… dok menyepi… lepas tu nak aku jadi suami kau. Memang tak masuk akal!” – Luqman Bagi Nurul Ain pula, ini peluang untuk dirinya setelah sekian lama berharap menjadi isteri kepada Luqman Latif. Andai kata Luqman menolak, Ain reda kerana dia sedar status dirinya. Dia bukan bidadari. Jauh sekali kerana dirinya mempunyai kisah silam yang tidak indah. Lagi pula, Maisarah si gadis cantik turut mengintai peluang untuk menjadi permaisuri hidup lelaki itu. Seperti yang Ain sedia maklum, sejak dulu Luqman memang membenci dirinya! Luqman keliru, antara kenangan lalu dan masa depan. Jika dia menerima lamaran Ain, adakah rumah tangga mereka bakal dihiasi dengan pergaduhan setiap hari seperti sebelum ini?” DRIVE