“Book Descriptions: Ain Nafesya... Dia tidak menduga tiba-tiba dia terpaksa menjadi pengantin kepada Raeis, lelaki yang selama ini dicintai dalam diam. Dia menerima perkahwinan itu dengan rasa keliru. Saat dia setuju untuk melalui perkahwninan itu sewajarnya, Farah muncul kembali Pengantin Raeis muncul mahukan tempatnya.
Raeis... Mengahwini Ain Nafesya tidak pernah ada dalam impiannya. Menerima Ain Nafesya sebagai isteri bukanlah semudah menerima cinta Farah padanya. Bagaimana mungkin dalam sekelip mata dia akan bahagia bersama gadis yang tidak pernah suka padanya?
Bagaimana mungkin dia akan bahagia apabila dia terpaksa berkahwin dengan kekasih orang?
Bagaimana kisah mereka seterusnya apabila ada Farah yang sentiasa mahukan Raeis dan ada Hazin yang mahu dipadankan dengan Ain?
Mampukah Raeis dan Ain pertahankan perkahwinan mereka?
Atau mungkin ada jodoh lain yang lebih baik untuk mereka?” DRIVE