“Book Descriptions: Lelaki yang sudah berteman wanita itu bernama Joshua. Dia punya perniagaan yang dibanggakan dan kehidupan sosial yang boleh tahan. Tapi dia sukakan ketenangan dan disebabkan sejarah masa lalunya, dia tak fikir dia mampu jadi seorang suami dan memiliki keluarga sendiri. Dia sudah menerima hakikat bahawa dia seorang loner yang akan bersendiri seumur hidupnya, tanpa sebarang ikatan.
Wanita bujang itu bernama Fish. Hidupnya kacau-bilau. Dia punya anak tanggungan yang ramai, lelaki yang disukainya dalam diam sepertinya tidak akan membalas cintanya, dia tidak pasti dia mampu membayar bil bulan ini, dan dia bekerja dengan majikan yang datang dari neraka.
Adik-beradik itu ada tiga orang. Shaina yang perasan dirinya lawa suka bermain cinta dan bergaduh dengan adik perempuannya. Shairil yang berkerusi roda suka memerhati macam perisik misteri. Shaina si kecil yang lasak seolah-olah kelahiran semula seorang ninja. Ditambah pula dengan adik angkat mereka si Faiq yang kuat cembeng tapi cukup menarik hati, mereka mewarnai hidup Fish dari sehari ke sehari.
“Mungkin ada masanya I rasa nak cekik-cekik dia orang. Tapi they are my responsibility sebab I sayang dia orang. Dia orang tu family.” - FISH
Apa yang berlaku apabila ada pertembungan di antara dua dunia ini? Apabila seorang lelaki jatuh cinta pada bukan hanya seorang wanita, tapi seluruh keluarganya?
“Uncle Bos Mama ni, bos mama kita orang.” SHAILA” DRIVE