“Book Descriptions: Dayyan dan Asiah, rumah tangga mereka gagal dipertahankan apabila Dayyan tekad untuk berpisah.
"Bahagia itu pilihan, bang dan kita pernah memilih untuk bahagia." Asiah. “Kita adalah rasa yang tepat di waktu yang salah, As.” Dayyan.
Untuk memulakan hidup baru, Asiah berpindah kerja ke tempat baru. Di situ, dia perlu berdepan dengan Encik Iskandar yang cerewetnya ya ampun!
“Lepas hari ni, tolong jangan pakai baju warna pink lagi." – Encik Iskandar. “Baik, encik.” – Asiah. “Satu lagi, sila betulkan cara awak stapler dokumen. Senget. Nampak tak kemas. Pastikan juga stapler tu tak terlalu ke tepi.”- Encik Iskandar. “Baik, encik.” – Asiah
Penyabar dan sentiasa menurut perintah seorang Asiah, melenturkan ego Iskandar. Persepsinya berubah. Baru sahaja Iskandar ingin mendekati, Dayyan pula kembali.
“Marry me, again. Beri abang peluang kedua.” -Dayyan “Kalau awak pilih saya, saya janji tak akan minta peluang kedua, As.” Encik Iskandar.
Antara dua lelaki yang memiliki masa lalu tersendiri, siapakah yang akan Asiah pilih?” DRIVE