Hey Laura, It's Me
(By Ieya Sya) Read EbookSize | 20 MB (20,079 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 570 times |
Last checked | 7 Hour ago! |
Author | Ieya Sya |
Dia bencikan Iskandar. Bagi Laura, sejauh manapun kejahatan menjulang piala, akhirnya piala itu akan jatuh ke tangan kebaikan. Kerana itu dia menunggu kehadiran Iskandar demi sebuah jawapan. Bertahun menunggu, bukan Iskandar yang muncul tetapi Marlo, lelaki kasar, kurang ajar dan sarkastik yang sering mengekorinya. Datangnya Marlo bersama berita kelenyapan Iskandar dari dunia.
Rimos Cafe menemukan Laura dengan Fateh, barista yang kacak, sopan tetapi agak lemah. Mengenali Fateh membuatkan hatinya terganggu. Lebih-lebih lagi apabila lelaki itu memperlihatkan sisi romantisnya. Berada di sisi Fateh seringkali mengingatkan dia pada Iskandar sehingga Laura celaru.
“Pernah tak kita bertemu sebelum ni?” ~ Fateh
“Kita tak pernah kenal sebelum ni. Mungkin bos pernah terserempak dengan perempuan seiras saya. Dalam dunia ni, banyak pelanduk dua serupa….” ~ Laura
Dunia Laura tiba-tiba kucar-kacir apabila dia diburu oleh Tuan Farid. Ketika itu seorang lelaki bernama Zack muncul. Lelaki yang memegang kunci pada semua rahsia yang berlegar di sekitar mereka. Namun, benarkah Zack ada kunci pada segala rahsia sedangkan di atas mereka ada manusia licik yang bijak bermain dengan sebuah kenyataan?
Ada kematian yang berlaku.
Ada kehilangan yang perlu mereka terima.
Ada kenyataan yang harus mereka telan.”