Bahasa Hati Kita
(By Rehan Makhtar) Read EbookSize | 27 MB (27,086 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 668 times |
Last checked | 14 Hour ago! |
Author | Rehan Makhtar |
"Kalau kau rasa aku nak layan kau macam puteri kat sini, silaplah. Boleh cari orang lain." - Que
"Aku tak susahkah orang lain. Aku susahkan diri sendiri. Kau apa kisah?" - Jed
Jed yang tersasar. Jed yang memberontak kerana marahkan orang tua. Hadirnya seorang Que dalam dunia kelamnya, membuka mata hati, menampakkan sinar cahaya. Dia harus berubah menjadi seorang bidadari besi untuk melayakkan diri berdiri sebagai iseri di sisi lelaki sehebat Que. Tapi...rasa seperti dia tidak mampu.
"Kau memang benci aku, kan?" tanya Jed pada Que.
"Aku tak cakap aku benci..."
"Tapi kau tak suka aku," cantas Jed.
"Pun aku tak cakap aku tak suka..." Que renung Jed dua saat.
"Kalau kau tak suka, aku tak luang masa dengan kau, aku tak dukung kau, bawak kau pergi hospital, siap tunggu lagi. Tak jadi orang bodoh kejar kau sampai ke Sungai Tua sana, bawak kau makan, bungkuskan nasi, nasihatkan kau..."
Hati mereka mula berbicara. Bahasa sunyi itu hanya mereka saja yang mengerti. Bagi Que tugasnya mendidik Jed menjadi seorang puteri akan berakhir bila wanita itu sah menjadi isteri. Tapi... ianya tidak semudah yang diinginkan.
"Jauh lagi aku kena berjalan untuk sampai tahap tu..." - Jed
"Aku boleh temankan hingga sampai ke destinasi..." - Que
Mampukah seorang Qalam Azad membentuk Dian Jehanna Puteri menjadi srikandi besi yang sentiasa teguh berdiri di sisi suami? Bahasa hati mereka ada jawapannya.”