“Book Descriptions: Mashi buat keputusan untuk ‘melarikan’ diri meninggalkan sekolah lama dan rakan-rakannya termasuk Kaede, sahabat baiknya setelah hatinya dirobek dengan kejam.
Tiga belas tahun berlalu, tidak Mashi jangka untuk bertemu kembali dengan Kaede yang tidak berubah sikap mengusiknya dan semakin manis perilakunya. Semakin dia cuba mengelak, semakin dekat juga Tuhan dekatkan Kaede dengannya apabila lelaki itu hadir sebagai jiran rumahnya.
“Long time no see, Mashimaro! Kau kenal aku lagi tak?”- Kaede
Kerana kisah lama yang menyakitkan, Mashi cuba mengelak dari mempunyai rasa suka kepada Kaede, namun sikap Kaede yang nakal dan manis itu- berjaya menjentik satu rasa di dalam hatinya.
Tatkala hati mahu menerima, sebuah pengkhianatan merosakkan segalanya sehingga hati Mashi terluka lagi.
“Apa salah aku dekat kau, Kaede? Aku ni jahat sangat ke dengan kau sampai kau khianat aku hari ni?”- Mashi
Mampukah Mashi mengecapi bahagia apabila yang melukakan itu orang yang sama yang berjaya mengetuk pintu hatinya?” DRIVE