“Book Descriptions: Fahri yang berkeyakinan tinggi. Hana yang insecure.
Apabila kedua-duanya bertemu, ada saja sesi tarik tali berlaku. Seorang suka mengusik, seorang lagi tidak biasa diusik.
“Nanti ayah dengan umi I pergi umrah, I nak suruh dia orang doakan kita supaya berjodoh.” - Fahri
“Apa masalah you ni sebenarnya? Kenapa nak kena doa benda macam tu pulak?” - Hana
“Tak ada masalah. Salah ke? I suruh ayah dengan umi doakan benda yang baik. Berdosa ke?” - Fahri
Hana terperangkap dalam belenggu ketidakpercayaan kepada lelaki dan cinta. Luka masa lalu merangkaikan benang-benang ketakutan yang menghalangi setiap langkahnya dalam mencari kebahagiaan. Namun, semuanya berubah selepas kehadiran Fahri. Ketenangan hidupnya terganggu, dinding-dinding dalam hati yang selama ini dibina sebagai pelindung mulai runtuh. Semakin Hana menolak, semakin dekat Fahri menghampiri.
Adakah Hana mampu melepaskan diri daripada belenggu masa silam lantas membuka hatinya untuk cinta? Atau akan terus tenggelam dalam lautan ketidakpastian lalu membawanya lebih jauh daripada jawapan yang dicari-cari?” DRIVE