Si Mata Bundar
(By Amany) Read EbookSize | 23 MB (23,082 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 612 times |
Last checked | 10 Hour ago! |
Author | Amany |
kadangkala kilat dan guruh datang menyapa
Hatinya pernah kehilangan insan kesayangan dalam hidupnya. Tanpa disedari, dia mengenali Si Mata Bundar.
“Awak okey?”
“Okey! Bak sini buku-buku tu.”
“Eh tak apa, saya bawakan.”
“Tak payah!”
“Awak nak bawak pergi kereta ke?”
“Taklah. Saya datang bawak lori. Nak ikut?”
Hidupnya berubah sesudah itu. Pertemuan kedua mereka membuat dia tertanya. Sinar mata itu sudah tiada!
“Cik?”
Diam. Tangannya masih lagi menekan-nekan alarm kereta.
“Cik?”
Tiba-tiba, lampu kereta itu menyala. Dia menarik nafas lega.
“Sebenarnya... ini kereta saya.”
“Hah?” Dia terkebil-kebil sebentar. Lambat sikit neuron otak ni nak mencerna kata-kata lelaki di depannya ini.
“Ini kereta saya.” Elok aje lelaki itu menuturkan tiga patah perkataan tersebut, mukanya terus memerah.
“Maaf, saya ingatkan kereta saya.”
Lelaki itu tersenyum. “Tak apa.”
Hidup bersama, tak semudah yang dijangka. Lebih-lebih lagi bukan kerana suka sama suka. Namun, masing-masing berusaha mencari ‘kimia’ antara mereka.
kerana... jawapan itu sentiasa ada dalam ‘dua hati’
***
AMANY santai bercerita kisah hidup si peguam dari kaca mata mudanya. Pelajar jurusan undang-undang ini menulis dengan bahasa yang mencuit hati pembaca untuk membaca hingga ke akhirnya.”