“Book Descriptions: Maya Abdul Rahim, hidupnya simple seperti gadis kebanyakan. Pergi kerja, balik kerja dan hujung bulan dapat gaji. Nak buat masalah dengan bos-bos, jauh sekali. Namun, sejak dia curi-curi dengar perbualan telefon Eidden Dato’ Mansur hari itu, kehidupan simple-nya selama ini berubah menjadi complicated!
Setiap kali bertemu, ada sahaja ‘kemalangan’ yang tak disengajakan. Telefon pecah, kopi tumpah dan yang paling dia tak boleh terima, telefon pintar dia pula dipecahkan.
“Ops, saya tak sengaja!” -Eidden
Maya hanya mampu ternganga. Betul-betul ternganga. Eidden Dato’ Mansur itu memang gila!
Eidden Dato’ Mansur. Sesiapa sahaja yang tak kena dimata, pasti terima habuan daripadanya. Padanlah dengan gelaran Mr.Controversy yang disandang, aura bos mafianya tak dapat disembunyikan.
Sejak dia jadi punca hidup Maya tunggang-langgang, hatinya mula tak tenang. Macam-macam cara dia cuba untuk tebus kesalahan, dan kesemuanya ditolak mentah-mentah.
“Look, saya datang sini sebab nak berdamai. Saya tahu saya kasar sangat dan...” - Eidden
“Arrogant, selfish, jerk! Mungkin encik tak tahu. Tapi, encik tahu tak enciklah manusia yang paling berlagak yang pernah saya jumpa.” – Maya
Tak pernah terlintas di fikirannya untuk terima pertolongan lelaki yang penuh kontroversi itu. Namun, bila realiti makin menghimpit, Maya bagaikan tiada pilihan. Dan, pilihannya membawa kepada rahsia yang disimpan kemas sejak sekian lama.” DRIVE