“Book Descriptions: Hidup ini terlalu singkat untuk berdendam dan membenci.
Pertemuan pertama mereka tidak manis pun! Kali kedua berjumpa bertambah-tambah tawar Ezzah rasa. Lalu Ezzah membalas semua itu pada pertemuan mereka yang ketiga dan tragedi di pertemuan ketiga itulah yang membuat Uzair mengambil keputusan yang tak terduga.
Tindakan Uzair menghantar pinangan buat Ezzah pening kepala. Bukankah Uzair membenci dirinya? Lalu untuk apa pinangan tersebut?
"Apa yang awak nak sebenarnya daripada saya?" "Apa yang saya mahu? Dah tentulah awak!"
Haruskah Ezzah menerima saranan opahnya untuk menerima pinangan itu? Sikap Uzair yang masih dengan muka dingin bekunya membuat Ezzah cuak. Ikhlaskah Uzair atau...?
Ednin, mula menulis kisah ini di blognya http://ednin.blogspot.com yang punya ramai pengikut. Vice Versa pastinya sebuah naskhah yang menghiburkan!” DRIVE