Nyanyian Hati
(By Rodier) Read EbookSize | 28 MB (28,087 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 682 times |
Last checked | 15 Hour ago! |
Author | Rodier |
Macam mana you boleh jatuh cinta dengan orang yang you belum kenal? ~ Ainul Raudhah
Ainul Raudhah atau Ain seorang gadis periang yang tidak pernah bercinta, mempunyai fikirannya sendiri, selamba dan suka mendengar lagu-lagu rock apabila tertekan. Perlahan-lahan, Ain mula merasai perubahan pada hatinya dengan Adam Danial atau Danny yang tenang dan ikhlas menyayanginya.
Namun, belum sempat mereka bersatu, Danny tiba-tiba dijemput Ilahi. Ain nanar sendiri. Danny yang diharapkan menjadi peneman ke akhir hayat kini tiada lagi di sisi.
I nak berubah ke arah yang lebih baik, dengan you di sisi. I akan pastikan you bahagia. ~ Iskandar Benjamin
Iskandar, sahabat baik Danny hadir menghulur kasih, kerana janjinya pada arwah Danny. Perlahan-lahan, Ain kembali bangkit meneruskan hidup, mengenal erti cinta. Setelah berkahwin, perlahan-lahan Ain mula menyayangi Iskandar.
Namun, hubungan mereka diuji apabila Ain tau rahsia di sebalik lamaran Iskandar. Benarkah perkahwinan itu hanya kerana sebuah janji? Apakah yang Iskandar pendamkan sebenarnya?
***
Nukilan RodieR ini mengajar kita apakah erti cinta yang sebenarnya dalam bahasa yang santai dan selamba. Bacalah kisah ini, semoga Nyanyian Hati Danny, Ain dan Iskandar mampu kita senandungkan bersama.”