“Book Descriptions: doa emak, musim sejuk yang mendinginkan. resah dan gusar menjadi salju riang bermain dan pulang berbekal gembira
Selain cuaca, seorang ibu ialah tubuh yang paling banyak menanggung rasa dan rahsia. Induk yang melindungi benih-benih kecil yang sedang belajar dewasa dan bercinta — sehingga ia tegap rendang, bersedia mencabar hidup yang bernama musim.
Empat Musim di Bibir Emak ialah sejumlah puisi Sara Ross tentang pengorbanan dan penyerahan. Cuaca-cuaca yang mengikat dan meleraikan cinta seorang wanita terhadap setiap satu tali kehidupannya.” DRIVE