Hazzar Ghazi : Sayang Yang Tak Terungkap
(By Hash Aulia) Read EbookSize | 23 MB (23,082 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 612 times |
Last checked | 10 Hour ago! |
Author | Hash Aulia |
“Kau gila apa? Kau kawan aku, kut. Seram bila fikir balik.” - Jaja
Mustahil dia izinkan. Kawan baik, mana mungkin akan jadi mak tiri. Tapi, ada sesuatu yang dia tak boleh menolak.
“Lelaki yang kau suka tadi tu, abang aku. Kalau kau nak berkenalan dengan dia, aku boleh uruskan. Dengan syarat, aku jadi mak tiri kau.”
Kerja gila, mereka buat sistem barter. Tukar si abang dengan duda tua ‘panas’ yang menggetarkan hati. Greenlight daripada Jaja, tapi sebaliknya dari daddy Jaja.
“You tak nampak I dah beruban? Muka pun dah. berkedut. Still nak mengorat bapak kawan you sendiri?”
“Uban tu hots. I like it, abang. Nanti kita boleh cabut uban sama-sama.”
Semakin Ghazi menolak, semakin Clarissa mengejar sehingga perkara tak masuk akal mula terjadi. Kena culiklah, kena tangkap Polislah. Sampai dia naik pening dengan perangai si anak serta Clarissa.
Duo yang memeningkan kepala.
Namun, siapa sangka takdir yang tertulis. Hadirnya bekas isteri, menyatukan jodoh dia dengan Clarissa. Dek kerana geram, dia termengaku Clarissa sebagai tunang.
“She’s my fiance! So, please jangan ganggu kami lagi.”
Clarissalah orang paling gembira dengan berita itu. Walaupun Ghazi cuma terpaksa cakap sebab tak punya pilihan ketika itu, bagi dia apa yang keluar dari bibir Ghazi harus direalisasikan.
“Rissa tak kira. Abang bergurau ke tak, bulan depan kita kahwin. I’m ready to be your wife dan mama baru kepada Jaja.”
Perangai gila Clarissa memeningkan kepala semua orang. Semakin menolak, semakin kuat magnet yang terikat. Ghazi tak punya pilihan. Jaja terpaksa redha. Dan mama hanya ada satu pilihan. Kahwinkan mereka walaupun hati menolak.”