Biar Rindu Penuhi Langit
(By Rissa Ahdiya) Read EbookSize | 27 MB (27,086 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 668 times |
Last checked | 14 Hour ago! |
Author | Rissa Ahdiya |
“Malin tak akan tolak pinangan tu. Biar kalau abang dah tak sukakan Malin, dah tak cintakan Malin sekalipun, Malin tetap akan kahwin dengan abang.”- AMALIN
Meninggalkan Amalin bukanlah rancangan asalnya. Malah untuk kembali menjalinkan cinta juga tak termasuk dalam agenda. Baginya yang dah berlalu, biarlah berlalu. Amalin sudah dia buang dari hati dan juga dari ingatan. Tapi takdir seolah-olah mahu mempermainkan perasaannya yang masih belum mati. Semakin dia mahu menjauh, semakin dekat Amalin datang.
“Abang pun sayangkan Malin sama seperti dulu.”- ARMAND
Cinta akhirnya bersatu, tapi bahagia yang dikecap tak kekal lama. Sekali lagi dia ditinggalkan lelaki itu. Alasannya mudah, kerana sayang lelaki itu untuknya yang terlalu besar, maka melepaskan Amalin adalah bukti kasihnya. Separuh mati dia merayu agar lelaki itu jangan pergi, tapi lelaki itu langsung tak mahu peduli.
“Abang… Tak boleh ke kalau kita kembali bersama semula? Malin sanggup tinggalkan semua, Malin sanggup dibuang keluarga, Malin cuma nak kembali hidup bersama abang.”- AMALIN
“Jangan, Malin. Ingat tak pesan abang dulu? Teruskan hidup Malin. Malin perlu hidup baik-baik, buktikan pada abang yang Malin akan bahagia tanpa abang dan buat abang menyesal kerana lepaskan Malin.”- ARMAND
Dia berharap yang Armand akan kembali, meskipun lelaki itu yang telah membuang dia. Tapi Armand terus menyepi dan terus menjauhkan diri seperti yang pernah dilakukannya dulu.
Izhar hadir pada masa yang dia tak mahukan cinta dan tak inginkan sesiapa. Tak mungkin dia dapat menerima orang lain sedangkan nama Armand masih bertakhta.
“Tak apa kalau Malin tak sukakan saya hari ini. Tapi saya yakin yang Malin akan sayangkan saya juga satu hari nanti.”- IZHAR
Mungkinkah cinta dia dan Armand akan kembali bertaut semula? Atau mungkinkah Izhar mampu mengubati hati yang dah terlalu dalam lukanya?
Atau… Mungkinkah juga akan ada kesudahan yang berbeza?”