“Book Descriptions:“Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia selepas lima jam ditinggalkan di dalam kereta ibunya...”
Satu tindakan ‘tak sengaja’ daripada Lynda telah membuatkan dia kehilangan anak buat selama-lamanya. Dibuang suami, dicaci di media sosial, membuatkan dia hampir menamatkan riwayatnya sendiri.
“Bukan I yang bunuh anak kita, Lynda, tapi you! So, beritahu I, kenapa I tak boleh salahkan you?”
Sesuatu terjadi dan Lynda pasti kejadian ‘tak sengaja’ itu bukan berpunca daripadanya. Muncul ASP Iman yang tiba-tiba membelanya. Muncul juga pembunuhan-pembunuhan baru dan dia dituduh sebagai puncanya.
“Kalau dilihat daripada jari yang dipotong oleh suspek, kes ini memang ada kena-mengena dengan Lynda.” “Apa kaitannya, tuan?” “Jari. Dengan jarilah manusia menaip pelbagai kata-kata kesat.”
Lynda buntu. Siapa yang ingin dia merana? Siapa yang tinggalkan anaknya di dalam kereta dan siapa pula pembunuh pemain-pemain aksara luka itu?” DRIVE