Pinangan Cinta Termahal
(By Hessa Widad) Read EbookSize | 27 MB (27,086 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 668 times |
Last checked | 14 Hour ago! |
Author | Hessa Widad |
“Sebagai PA khas aku, aku nak dia sentiasa ada di sisi aku sampai program ini selesai. Dia merupakan pengurus khas yang menguruskan program Calon Isteri CEO dari mula sampailah CEO tu selamat bersanding. Setahun! Setahun dia hanya akan berkepit dengan aku je. No friend with benefit bagai,” - Luqmanul Hakim.
Cepat, pantas dan singkat, Hakim yang yakin dengan kehangatan cintanya terus buat kejutan. Risik, pinang dan nikah ekpress dilangsungkan pada waktu yang sama. Gila! Itulah mereka.
Melayari cinta halal selepas nikah, mengundang pelbagai insiden cuba-try-test. Bukan mudah buat Hakim yang digelar peti sejuk oleh Aisyah, nak pamerkan reaksi Romeo yang memikat dengan ayat-ayat manis bergula. Ditambah dengan kerumitannya menyampaikan bahasa cintanya pada Aisyah yang kayu tak pandai bercinta.
“Melindungi you tanggungjawab I. Membuli you kesukaan I. Membahagiakan dan membimbing you menjadi salah satu matlamat hidup I. Mencintai you keinginan I... sekarang, you isteri, kekasih, sahabat, musuh dan peneman susah senang I, Cha. I tahu pinangan cinta terhangat I ni mengejut. But, I do love you, Cha.” – Luqmanul Hakim
“Maaf Luke. I...” – Siti Aisyah.
CINTA HALAL selepas nikah itu indah. Berjayakah mereka melayari cinta halal ciptaan mereka seperti pasangan lain?”