Kau Masih Kucintai
(By Zati Mohd) Read EbookSize | 24 MB (24,083 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 626 times |
Last checked | 11 Hour ago! |
Author | Zati Mohd |
Fuh! Aku hela nafas panjang. Panjang dari Perlis sampai Johor.
"Kau ingat kita kembar muka kita sama... semua benda aku nak cover kau? Tolonglah wei... kau nak bertunang sabtu ni, kan? Flight kau hari Khamis. Kau memang suka buat gila, kan." Aku marah sungguh-sungguh.
"Please kau aje harapan aku. Kau tahu kan impian aku nak jadi angle untuk satu produk international di Turki. Aku dah hantar paperwork, diorang suka. Sekarang aku kena pergi untuk saringan ujibakat pulak. Tolong lah please."
Aku diam.
Aku Farah Afiqah... gadis yang simple, cuma letak compact powder dengan liptint pastu tudung aku belasah ikut dan janji sarung atas kepala. Boyfriend? Takde sebab fokus aku nak jadi... hurm jadi apa? Haaa... fokus hidup aku jadi tukang cover si kembar kalau dia ada masalah. Contohnya macam sekarang.
Dia. Farah Atikah... gadis yang complicated. Sebelum keluar harus bersiap 1 jam awal. Dari foundation sampai lip matte harus pakai elok-elok. Tudung? Harus lilit terletak cantik kalau tak rumah ni boleh meletup sebab tudung tak jadi. Instafamous merangkap model muslimah. Jumlah pengikut dia 630k. Fokus hidup dia nak lebarkan pengaruh hingga ke tahap international.
Boyfriend? Boyfriend dia anak orang paling kaya dekat Malaysia. Kamal Hadi aka Hadi.
Hadi. Jejaka impian gadis-gadis malaya. Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapore siapa tak kenal. Tapi suri hati dia hanya Farah Atikah, si model muslimah yang cantik namati. Handsome, bergaya, maskulin, macho ala-ala Mario Casas.
Macam mana aku si Farah Afiqah nak jadi Farah Atikah dan menyamar sebagai tunang Hadi. Omg! Aku kena lari jugak ke? Atau stay dekat sini dan jadi Farah Atikah. Aku buntu.”