“Book Descriptions: Bila bercakap tentang pendidikan, sememangnya saya bersemangat. Saya mahu lihat pendidikan itu difahami oleh semua orang. Saya tidak mahu orang ramai berasa pendidikan itu hanya di universiti. Hanya di sekolah. Tidak. Pendidikan di rumah juga pendidikan. Tidak perlu tunggu sekolah, sejak kecil lagi pendidikan itu telah bermula. Pendidikan itu di mana-mana saja badan kita bergerak. Ia bukannya bangunan universiti, tetapi pemikiran yang tersingkap di dalamnya. Sama macam kita. Pendidikan bukan di mana kita belajar, tetapi sifat belajar yang ada dalam diri kita. Ya, diri kita. Batang tubuh kita. Kita pilih untuk berpendidikan atau tidak. Kalau kita ada sifat nak belajar, maka itulah sifat orang yang berpendidikan. Belajarlah dengan semua perkara yang sudah terpampang di depan mata. Ada buku, baca. Ada dokumentari tengok. Ada orang cerdik, dengarlah nasihatnya. Ada video ilmiah, layan. Belajar saja dengan apa jua alat yang ada. Dengan proses belajar itulah yang dinamakan sebagai pendidikan.” DRIVE