“Book Descriptions: Mestikah buku diletakkan di ruang tamu? Adakah ia melambangkan intelektual si tuan rumah?
Bibliofil mempunyai kisah tersendiri tentang buku dan rak buku. Ada buku ditemui di pergunungan sampah. Ada pula yang diintai-intai di kedai buku. Ada buku menghuni rak peribadi. Ada buku tersusun indah di perpustakaan sekolah. Ada buku menjadi teman akrab zaman kecil. Ada buku yang menenangkan, ada buku yang menggoncang fikiran. Ada buku menyimpan kenangan lama, ada buku mencatat pengalaman semasa. Ada buku di ruang tamu. Ada buku di mana-mana.
Himpunan 39 catatan tentang buku ini, bukan sekadar kisah buku dan pencintanya sahaja. Ia meneroka zaman ke zaman, tanpa mengira usia dan latar belakang pendidikan, mengikut pembaca melangkaui sempadan dan lokasi – di mana-mana buku memberi inspirasi.” DRIVE