“Book Descriptions: Kembara ini bukan sahaja tentang keinginan yang tinggi untuk menyertai pesta buku terbesar di dunia yang berusia 74 tahun—Pesta Buku Frankfurt, tetapi menelusuri perjalanan di lima bandar pilihan di Jerman; Mainz, Frankfurt, Karlsruhe, Heidelberg dan Baden-Baden.
Tidak hanya menjejakkan kaki di lokasi-lokasi yang menarik dan bersejarah— Sungai Rhine, Romerberg, Palmengarten, Botanischen Garten, Gutenberg University, Romance Museum dan Goethe House, Heidelberg Castle dan Tiergarten, Baden-Baden. Perjalanan selama 15 hari ini juga mendedahkan penulis untuk mengenali aspek sosio budaya, seni, penulisan kreatif dan tentu sahaja tentang alam dan kemanusiaannya.
Cetusan inspirasi perjalanan ini diharapkan dapat mendidik hati, mengenal bangsa, mengenal manusia, mengenal tempat – bumi Tuhan maha luas ini.” DRIVE