“Book Descriptions: Hidup umpama menaiki kereta api. Banyak stesen persinggahan. Lain padang lain pemandangan dan lebih luas pemandangan. Ada sahaja cerita yang boleh menjadi teladan atau sempadan. Pemandangan indah kadangkala sudah cukup untuk mekar jiwa dan jati diri.
Perjalanan hidup atau bermusafir tidak terkira ribuan batunya. Semuanya bermula dengan langkah pertama seperti melangkahnya Ibnu Battuta lalu terhasil kisah perjalanannya yang tidak jemu dibaca dan melangkahnya Paulo Coelho sehingga beliau merungut mengembara itu umpama rutin tetapi menjadi latar karya buku beliau.
Mudah Musafir rampai anekdot perjalanan hidup penulis dalam berlainan fasa kehidupan dan tempat dia bermusafir bersama keluarga. Dalam kisah yang mudah, tetap ada ibrah untuk dipetik sambil singgah sebentar di Seoul, Kadikoy dan Otaru.” DRIVE