“Book Descriptions: Kita selalu berfikiran bahawa golongan intelektual merupakan benteng yang menjaga nilai moral dan juga kemajuan pemikiran sesuatu bangsa. Namun, dalam beberapa keadaan, kita melihat golongan intelektual ini bukan sahaja tidak dapat dijadikan rujukan bagi moral dan etika, malah mereka merupakan satu golongan yang syok sendiri dan terpisah dari masyarakat. Falsafahnya terawang-awangan, tidak berkaitan dengan masalah bangsanya malah tidak mampu menyelesaikan kegawatan yang melanda masyarakatnya. Solusi mereka tumpul dan dangkal, malah pemikirannya sekadar menyebut semula apa yang dibacanya tanpa penilaian perihal kesesuaian dengan zaman dan tempat. Seolah mereka di satu lembah, dan masyarakat di lembah yang lain. Buku ini akan menganalisa dengan kritis dan tajam krisis yang dialami oleh golongan intelektual masa kini.” DRIVE