Dia Bukan Ilusi
(By Aisya Sofea) Read EbookSize | 23 MB (23,082 KB) |
---|---|
Format | |
Downloaded | 612 times |
Last checked | 10 Hour ago! |
Author | Aisya Sofea |
Lelaki misteri yang dicari-carinya kini sudah berada di pintu rumah gadis itu. Kehadirannya begitu bersahaja. Lebih mengejutkan Juwita Aisha bahawa lelaki ini hanya muncul di hari kematian Ikmal, tunangnya. Tanpa di sangka-sangka lelaki ini bukan sekadar bekerja untuk abahnya, tetapi juga untuk menyemai cinta di hati Juwita Aisha semula.
Berita kematian tunangnya tiga hari sebelum pernikahan mereka membuatkan perasaan Juwita dihurung dengan dosa dan penyesalan. Air mata yang jatuh bukan sedikit dan bukan sekejap. Berbulan dia merana. Jiwanya tidak akan tenang selagi dosanya tidak terampun. Kalaulah boleh diputar semula.
Suatu pagi Ikmal berdiri di hadapannya. Semuanya bagaikan berulang. Apa yang berlaku, berlaku lagi. Ikmal hidup? Biarpun bukan mudah untuk dia percaya pada mimpi, tetapi itulah yang berlaku. Atau apa yang sedang berlaku itu bukan mimpi lagi tetapi realiti.
Ternyata dia mampu merubah takdir. Tetapi hidup dan mati adalah milik-NYA.
Perkenalan singkat dengan Hud Qayyum mencetuskan satu perasaan paling luhur di hati Juwita. Tetapi Juwita cuba untuk tidak lagi mencintai namun sukar untuk dicintai. Juwita mempunyai alasan kukuh untuk tidak menerimanya. Kubur arwah tunang masih merah. Cinta sahaja belum cukup syarat untuk membina mahligai cinta.
Namun cinta Juwita diduga lagi. Kali ini, Hud Qayyum hilang dalam hidupnya.
Apakah sebenarnya Hud Qayyum sekadar pendampingnya di alam mimpi?
Atau lelaki yang bernama Hud Qayyum itu sememangnya wujud di dunia realiti cuma dia yang tidak pernah sedar akan kehadirannya?
Mimpi hanya mainan tidur. Atau mungkinkah juga penunjuk akan sebuah cinta abadi?
“Andai alam itu berbeza, apakah kau masih mencintaiku?””