“Book Descriptions: Kebaya hitam hadiah dari Jerrad tanda perpisahan kepada isterinya. Jerrad meninggalkan James dan isterinya menderita di Kota London dan menikahi wanita Asia.
Akhirnya, isteri Jerrad membunuh diri dengan lengkap berkebaya hitam. Peristiwa itu meninggalkan kesan yang mendalam buat James yang masih kanak-kanak. Lantaran daripada peristiwa itu, James berazam mahu menjadi suami yang terbaik buat isterinya. Namun, peristiwa 30 tahun lampau berulang semula dengan cara yang berlainan apabila Jane mati terbunuh dengan berpakaian indah kebaya hitam hadiah ulangtahun perkahwinan mereka. James tidak sanggup kehilangan isterinya Jane dan telah menggunakan khidmat Pawang Seman untuk memuja roh jahat bagi menghidupkan semula Jane.
Setelah Jane kembali hidup tanpa nyawa dengan paku ditengkuknya, James menjadi ketakutan dan membawa lari anak mereka Jack pulang ke London.
Setelah berpuluh tahun, Jane tetap menanti James pulang di depan banglo lama mereka di Ipoh Perak dan Jack yang meningkat dewasa telah menemui catatan lama James tentang segala yang terjadi berpuluh tahun lalu. Jack nekad mengajak James pulang ke Malaysia untuk menguruskan jasad Jane mengikut fitrah.
Namu, sesuatu telah berlaku apabila mereka bertemu Hasmah. Siapakah Hasmah dan dapatkah James dan Jack dengan bantuan Kiyai Ibrahim menyelamatkan jasad Jane dari ditakluk roh jahat?” DRIVE