“Book Descriptions: Pembunuhan misteri berlaku, tanpa petunjuk mahupun motif yang jelas. Satu per satu mangsa ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan. Heboh khabar angin dicanang, bahawa itu semua angkara Joko Ronggo.
“Kami orang kampung rasa terancam. Kami tak nak mati. Kami tak nak jadi mangsa korban si Joko Ronggo tu.” - Mail
Dalam diam, ada seseorang yang menyimpan dendam. Dek rasa marah yang semakin menguasai diri, teganya dia menyebarkan fitnah.
“Dia puja semula semangat Joko Ronggo tu untuk buat dia sentiasa nampak cantik. Dan sebagai balasan, dia jadikan suami dia sebagai korban.” -Che Puteh
Harith, pegawai polis yang dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan semua teka-teki itu. Logik akal terpaksa diletakkan ke tepi tatkala dirinya sendiri mengalami pengalaman aneh dan penuh misteri.
“Aku rasa aku nampak Joko Ronggo tadi.” “Kau pasti ke kau nampak ‘benda’ tu?” “Ye. Aku pasti. Dia berdiri betul-betul depan mata aku masa tu. Suara dia mendayu-dayu panggil nama aku. Hish, seramlah kalau nak cerita balik!”
Rasa ingin tahu mula menguasai diri, sehingga membawa Harith pada pembongkaran satu rahsia yang sangat besar.” DRIVE